SEJARAH PUSAT SUMBER

SEJARAH SEKOLAH
           
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.
Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak bermula dengan sebuah bilik bacaan induk sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan satu buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 40 orang pelajar. Bermula pada tahun 2004, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, Galeri Seni, Bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat menampung 80 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian computer secara ‘local area network’ ( LAN daripada Pusat Akses. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuat di dalam PSS. Sementara itu, sistem pengautomasian pula telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2009.
Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak  sebuah PSS yang berkembang baik dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaan panitia-panitia yang terdapat di sekolah ini.

Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS sedang dalam proses mempertingkatkan kewangan PSS melalui masyarakat setempat dan orang perseorangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan