Isnin, 2 Jun 2014

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014




Pada bulan Februari 2014, bertempat di Dewan Terbuka SKTC telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2014.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKTC, En. Abd Halim b. Abdullah.

Adik Muhammad Aqil b. Azman ( duduk di sebelah kanan ) telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah bagi Sesi 2014 dan Adik Muhammad Azraie Danial ( duduk kiri ) sebagai Timbalan Ketua Pengawas.

Tahniah.... Semoga barisan pengawas Sesi 2014 akan berkhidmat dengan cemerlang dan mencapai kejayaan di dalam UPSR 2014.

PESERTA CATUR MSS KELANTAN BERTOLAK KE KUCHING SERAWAK




Pada 22 Mac 2014, peserta Kontinjen Catur MSS Kelantan bertolak ke Kuching Serawak bagi menyertai pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan MSSM 2014.

Di dalam gambar pertama kelihatan dua orang peserta catur, iaitu Muhammad Aqil b. Azman ( peserta bawah 12 tahun, mewakili PPD Pasir Mas - kiri ) dan Muhd Afzar b. Bakri ( peserta bawah 15 tahun, mewakili PPD Pasir Mas - kanan ) bersama ayah masing-masing sedang bersiap sedia di balai berlepas sementara menunggu peserta-peserta lain sampai.

Gambar paling bawah Muhammad Aqil b. Azman bersama mak dan adiknya.

Tahniah diucapkan semoga berjaya.